Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Lebih 100,000 orang melarikan diri di Sudan akibat perang, PBB seru akses selamat untuk bantuan kemanusiaan segera.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Khamis menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Sudan apabila ribuan penduduk melarikan diri daripada keganasan di Dhafur dan Kordofan.
00:11Jurucakap PBB Stephanie Dujarik berkata lebih 100,000 penduduk meninggalkan Al-Fashir sejak akhir Oktober selepas wilayah itu dikuasai oleh pasukan Separat Tentera Rapid Support Forces RSF.
00:25Selain ramai yang masih lagi tidak dapat dikesan.
00:30Mangsa yang tiba di pusat pemindahan menghadapi kekurangan keperluan asas seperti makanan, air bersih dan rawatan perubatan.
00:38Kumpulan bantuan termasuk tabung kanak-kanak PBB UNICEF menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pemakanan.
00:46Di Tawila, lebih 3,500 pesakit telah dirawat sementara hampir 800 kanak-kanak menjalani saringan nutrisi.
00:53Bagi menampung keperluan, 150,000 liter air dibekalkan setiap hari bagi kira-kira 20,000 orang.
01:03Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi IOM berkata, serangan berterusan di Kordofan memaksa lebih ramai keluarga meninggalkan kediaman dengan hampir 40,000 orang dipindahkan di seluruh wilayah sejak akhir Oktober.
01:17PBB menyeru akses selamat dan tanpa halangan untuk menyalurkan bantuan, menyelamatkan nyawa di Darfur, Kordofan dan seluruh Sudan.
01:28Konflik antara tentera Sudan dan RSF sejak April 2023 menyaksikan RSF kini menguasai lima negeri di Darfur manakala tentera mengawal negeri lain termasuk ibu negara Kartung.
Comments

Recommended