Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula Jumaat.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula Jumaat.
00:08Menurut kenyataan MED Malaysia, negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak merangkumi daerah Keryan, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsa hingga Isnin 24 November.
00:20Manakala amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini 26 November.
00:25Sehubungan itu, MED Malaysia menasihati orang ramai mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mudah alih MyCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Recommended