00:00Baik, di jam ini kita akan lihat statistik mangsa jenayah telekomunikasi untuk tahun ini berdasarkan pecahan umur dari Januari hingga November.
00:09Dan kalau kita lihat, golongan belia berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun merekodkan jumlah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi tertinggi dalam tempoh Januari hingga November tahun ini dengan melibatkan 8,789 orang.
00:25Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan dalam tempoh berkenaan sebanyak 28,698 kes kerugian.
00:37Kes jenayah telekomunikasi dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.
00:44Dan kalau kita lihat, kumpulan umur 31 hingga 40 tahun mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu 6,825 mangsa diikuti golongan berusia 41 hingga 50 tahun melibatkan 4,977 mangsa.
01:03Selain itu, sebanyak 3,382 individu berusia 51 hingga 60 tahun turut dilaporkan menjadi mangsa manakala 2,763 orang direkodkan dalam kalangan warga emas berusia lebih 60 tahun.
01:19Kenyataan itu memaklumkan kumpulan umur 15 hingga 20 tahun pula mencatatkan 1,962 mangsa.
01:27Jadi orang ramai yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan NSRC di talian 997 membuat semakan melalui portal semak mule serta melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.
Comments