00:00Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemukan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu.
00:07Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda dalam satu kenyataan berkata,
00:11polis menerima laporan daripada orang awam dan siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai dilahirkan beberapa jam sebelum ditemukan pada 6.30 pagi.
00:20Ujar Kasim bayi itu selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke hospital Likas untuk pemeriksaan lanjut.
00:31Katanya penemuan bayi itu kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM.
00:36Tambahnya pemeriksaan mendapati tiada saksi melihat kejadian mahupun kemudahan kamera lita tertutup CCTV di kawasan itu.
00:43Siasatan termasuk mengesan individu terlibat giat dijalankan mengikut Session 317 Kanun Kesiksaan.
00:49Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Major Rosmah Pengeran Hashim menerusi talian tertera.