Skip to playerSkip to main content
Ketua Pegawai Eksekutif Arus Academy, Alina Amir berkata aspek latihan guru dan kaedah penilaian murid perlu diberi penekanan dalam kajian pelaksanaan semula Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Jelasnya, matlamat akhir peperiksaan kebangsaan ini sekiranya ia dilaksanakan adalah untuk menyokong pembangunan murid secara menyeluruh. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita tak boleh kata nak kembalikan PD3 tapi tak melihat kepada latihan guru, tak melihat kepada resources, sumber yang ada, tak lihat kepada cara kita menilai dan sebagainya. Jadi kalau saya ada dalam ruang tersebut untuk kita bangkitkan semua elemen-elemen yang perlu kita lihat jika PD3 ini dikembalikan bagaimana fleksibilitinya dan bagaimana ia membantu murid, membantu perkembangan murid secara menyeluruh.
00:28Jadi dari segi kaedah contohnya, bertulis ke, lisan ke, semua ini sebenarnya mengukur perkara yang berbeza. Kita juga mesti kenal pasti kita nak ukur apa sebenarnya. Kalau kita nak macam ujian bertulis sahaja, ujian bertulis bagus untuk penguasaan asas dan teori. Tapi kalau kita kata kita nak anak murid yang mungkin berdaya tahan, yang adaptable, jadi mungkin kita perlu cari penilaian yang menilai ilmu secara praktikal.
00:54Bukan buku teks sahaja tapi menyelesaikan masalah harianlah. Jadi ini kita nak cari penilaian dan juga pembelajaran yang bermakna.
01:05Menilai bukan sahaja apa yang murid tak tahu tapi kita nak cari apa yang murid tahu sebenarnya dan bagaimana mereka menggunakan ilmu yang mereka tahu itu
01:12dengan cara yang bermakna untuk diri mereka sendiri dan juga komuniti mereka.
01:19Jadi saya selain nak tegaskan kat sini, kunci kejayaan ini bukan pada mereka bentuk komponen sahaja,
01:26tapi juga mesti kita lihat kepada ketelusan dalam pelaksanaan ini.
01:30Terima kasih kerana menonton!

Recommended