00:00Bertemu kembali dalam laporan antarabangsa. Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di Istana Presiden di Nusantara dengan menaiki helikopter pada Isnen sambil mengulangi komitmennya terhadap projek bernilai $32 bilion Amerika bagi membangunkan ibu negara baharu negara itu.
00:20Lawatan tersebut merupakan kunjungan pertama Prabowo ke Nusantara sejak dilantik sebagai Presiden.
00:25Persoalan mengenai masa depan projek Nusantara terus berlarutan sejak Prabowo mengambil alih jawatan pada Oktober 2024.
00:37Projek itu merupakan legasi pendahulunya Joko Widodo yang pertama kali mengumumkan rancangan untuk memindahkan ibu negara sejauh 1,200 km dari Jakarta yang padat penduduk.
00:49Pembinaan bandar itu di kawasan terpencil di bahagian tenggara Pulau Borneo hanya bermula pada 2022.
00:57Selepas mengalami kelewatan akibat pandemik dan Jokowi gagal mencapai sasaran untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan menjelang akhir penggal kedua dan terakhirnya pada 2024.
01:10Penganalisis menyatakan Prabowo berkemungkinan tidak mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk membiayai program-program utamanya sambil meneruskan pembinaan Nusantara yang dibayangkan oleh Jokowi sebagai sebuah ibu negara hijau dan futuristik yang dikelilingi hutan.
01:29Menurut kenyataan pejabatnya pada lewat Isnin, lawatan Prabowo itu menandakan satu momentum penting dalam perjalanan membangunkan Nusantara.