00:00Kerajaan Negeri Selangor meletakkan pembangunan Islam sebagai teras utama dasar negeri yang berpaksikan makasit syariah dalam usaha memelihara agama, nyawa, akal, keterunan dan harta.
00:13Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari, pendekatan itu dilaksanakan menerusi tabir urus Islam yang berwibawa dengan kerjasama MAIS, JAIS dan agensi agama negeri.
00:26Jelasnya, Kerajaan Negeri Kekal Komitet menyokong sepenuhnya usaha membawa umat Islam mendekati, memahami dan menghayati Al-Quran sebagai panduan hidup di samping memberi perhatian besar terhadap pembangunan ilmu dan pendidikan Islam.
00:42Beliau berkata pelaburan berterusan dilakukan dalam pembangunan sekolah-sekolah agama negeri, institusi tahfiz dan pondok selain pelaksanaan program Akademi Literasi Al-Quran Selangor atau ELAS
00:54bagi melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu, berahlak dan berupaya memimpin masyarakat pada masa harapan.
01:01Amiruddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakara Islam Sya'alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada selasa.
01:13Tambah beliau, kerajaan negeri yakin pembangunan ekonomi mampan mesti digandingkan dengan kekuatan ilmu dan kesuburan spiritual.
01:22Di Selangor, kemajuan ekonomi sentiasa diseiringkan dengan pemerkasaan modal insan, keadilan sosial dan nilai kemanusiaan.