Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 pada sidang DUN April ini. Exco negeri, Mohd Asri Mat Daud, berkata draf pindaan berada di peringkat akhir dengan penelitian melibatkan Jabatan Mufti, Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Negeri serta pakar perundangan.
Transcript
00:00Seterusnya, Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Kelantan 2019
00:06kepada persidangan Dewan-Dangan Negeri yang dijarah berlansung bulan depan
00:10menurut EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seantara Negeri.
00:16Mohd Asri Mat Daud, draft pindaan tersebut kini berada di peringkat akhir
00:21dan proses penelitian sedang dilakukan oleh pihak berkuasa.
00:27Tambah beliau, proses penelitian itu melibatkan Jabatan Mufti, Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Negeri, Panel Penggubal serta Pakar Perundangan.
00:37Jelasnya, sebahagian besar draft telah siap sejak tahun lalu namun Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menangguhkan pembentangan
00:44bagi memastikan pindaan tersebut benar-benar teliti dan menyeluruh.
00:48Selain itu, menurut Mohd Asri, sebaik proses penelitian selesai, draft berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat ESCO
00:54untuk kelulusan.
00:56Jika tiada perubahan, pindaan itu akan dibentangkan pada sidang don akan datang.
01:00Sementara itu, beliau teruk mengumumkan bahawa Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran PAS
01:05telah mencapai lebih 84% pelaksanaan manifesto dalam tempoh tidak sampai 3 tahun.
01:11Menurutnya, pencapaian itu jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri
01:14dalam memastikan segala janji kepada rakyat dilaksanakan sebaik mungkin.
01:18Jelas beliau terdapat beberapa inisiatif di bawah portfolio tertentu
01:21yang telah mencapai tahap pelaksanaan sehingga 100%.
01:25Tambah, Mohd Asri, Kerajaan Negeri sentiasa mahu memastikan setiap perkara
01:29dijanjikan kepada rakyat dapat ditunaikan sepenuhnya
01:32walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Recommended