Dalam lambakan lagu yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI), Idayu tetap memilih karya yang lahir dari jiwa manusia.
Juara AF Megastar ini mengakui ada lagu AI yang bagus, namun baginya robot tidak punya rasa dan emosi iaitu sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah lagu.
Sentuhan manusia lebih ‘hidup’, lebih jujur, dan lebih mampu menyentuh hati pendengar. Kerana muzik sebenar bukan sekadar bunyi, tapi rasa yang disampaikan.
Idayu ditemui di majlis pelancaran lagu 'Mahal' dendangannya dengan juara GV12, Iskandar Ismail di Redbox Karaoke, The Gardens. Lagu berkenaan bakal menjadi runut bunyi bagi drama berantai Mencari Isteri Sempurna.
#idayuafmegastar #mahal #sinarplus #lifestylesinarharian