00:00Di Lubnan serangan udara Israel serta serangan balas Hezbollah terus mengorbankan orang awam termasuk petugas penyelamat dan kanak-kanak.
00:10Situasi di Iran tidak banyak berubah, tiada perkembangan yang positif ke arah pendamaian.
00:16Persoalannya sampai bila negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat mahu menjadikan bumi bergolak sebagai medan menunjukkan kekuatan dan kuasa,
00:26adakah nyawa rakyat hanya dianggap dalam pecaturan perang mereka.
00:31Dan antara tempuan yang akan saya kongsikan untuk jam ini meliputi serangan Israel di Lubnan, Selatan terus memuncak.
00:41Iran ancam tindak balas jika diserang semula.
00:44Israel melancarkan siri serangan udara baharu di Selatan Lubnan menjelang rundingan antara kedua-dua negara di Washington ketika situasi gencatan
00:54senjata terus rapuh.
00:56Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh lebih seribu cedera sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 17 April
01:09lalu.
01:10Bangsa termasuk wanita, kanak-kanak serta petugas perubatan.
01:13Ketua Hezbollah Naim Qasim memberi amaran medan pertempuran akan menjadi neraka buat tentera Israel dan menegaskan senjata kumpulan itu tidak
01:26akan dibincangkan dalam rundingan berkenaan.
01:29Dalam perkembangan sama, serangan Israel dilaporkan mengorbankan beberapa individu termasuk anggota penyelamat yang sedang membantu mangsa serangan.
01:39Perut turut menuduh Israel mengabaikan undang-undang antarabangsa.
01:45Sementara itu, Hezbollah terus melancarkan serang balas terhadap kedudukan tentera Israel di Selatan Lubnan dan kawasan sempadan.
01:54Dengan alasan tindakan itu sebagai tindak balas terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh Israel.
02:05Terima kasih telah menonton!