00:00Perikatan Nasional, PN mengingatkan semua pimpinan dan ahli partinya agar tidak membuat sebarang kritikan secara sembarono kepada mana-mana parti
00:08komponen gabungan itu sama ada melalui media mahupun sebarang saluran lain.
00:13Setiausaha agungnya, Datuk Seri Takiuddin Hassan berkata sebarang ketidakpuasan hati perlu disalurkan melalui saluran parti masing-masing.
00:20Ia kemudian boleh dibawa untuk dibincang dan diputuskan secara musyawarah dalam gabungan berkenaan.
00:27Takiuddin berkata PN menerusi pimpinannya akan menumpukan segala usaha dan tenaga kepada isu yang lebih besar melibatkan kepentingan negara dan
00:35juga rakyat.
00:37Mengelah selanjut, Setiausaha agung PAS itu menambah segala masalah dalaman parti akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan,
00:45bijaksana serta positif.
00:47Sebelum ini, media melaporkan pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu menegaskan sumbangan parti itu serta Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin
00:56kepada PN tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak dalam gabungan berkenaan.
01:02Kedatangan itu dipercayai susulan kritikan terbuka beberapa pemimpin PAS terhadap pergolakan dalaman bersatu termasuk cadangan agar parti terbabit menilai semula
01:11kedudukannya dalam PN.
01:13Terima kasih telah menonton!