Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor yang juga Pengerusi Pusat Kemampanan Johor, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad berkata perbezaan nilai mata wang Malaysia dan Singapura tidak mengurangkan potensi Johor untuk menarik bakat berkualiti. Jelasnya, kerajaan negeri bertindak melahirkan bakat yang diperlukan industri dan syarikat-syarikat telah menunjukkan kesediaan untuk menawarkan gaji permulaan yang tinggi kepada bakat-bakat tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya ada sekali menghadiri satu usaha sama dengan Rome Business School
00:06untuk melatih syarikat-syarikat yang berhasrat untuk mengembangkan operasi mereka
00:13supaya jawatan-jawatan penting yang berkaitan dengan ekspor
00:21ataupun global supply chain ini, mereka mendapat teknologi yang terkini.
00:28Mereka mendapat data-data dan maklumat terkini.
00:35Bagaimana supply chain itu terkesan oleh kerana adanya konflik yang berlaku di Asia Barat
00:42ataupun dengan adanya Johor Special Economic Zone.
00:47Jadi, Johor Talent Development Council ini melihat kepada
00:54memastikan kita bersedia dengan talent-talent yang diperlukan,
00:59bakat-bakat yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pasaran.
01:04Jadi, bertitik tolak daripada situ,
01:08maka kita telah pun melihat syarikat-syarikat tampil bersedia untuk mengambil kira
01:22the minimum wage tadi itu.
01:25walaupun kita tahu cabaran kita adalah Singapura
01:29dengan pertukaran, apa, dengan perbezaan nilai mata wang ini
01:35RM4,000, RM5,000 itu masih lagi rendah daripada average salary
01:42yang ditawarkan di sana.
01:42Tapi, itu tidak mengganggu ataupun tidak mengurangkan potensi
01:53Johor Special Economic Zone ini untuk pilihan pelabur
01:57kerana kita ada infrastruktur yang dapat kita pertingkatkan.

Recommended