Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor yang juga Pengerusi Pusat Kemampanan Johor, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri Johor telah menggiatkan usaha membuka lebih banyak pusat jana tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah menangani cabaran bekalan tenaga yang diperlukan oleh infrastruktur teknologi tinggi yang dibina di negeri tersebut. Jelasnya, langkah ini juga ialah jawapan kepada kegusaran orang awam mengenai keupayaan Johor menampung keperluan tenaga yang semakin meningkat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dulu masa kita dapat menerima banyak pelaburan dalam pusat data ini, kebimbangan tentu tidak lari daripada cukupkah kita bekalan elektrik
00:12ini, cukupkah kita air, kita tak mahu hanya menumpukan soal menarik pelaburan tetapi kita rakyat sendiri terkesan oleh kerana bekalan.
00:24Maka kita ada inisiatif di mana di sebelah timur Johor yang kita panggil Southern Johor Renewable Energy Corridor.
00:39Di situlah kajian menunjukkan bahawa tapak atau kawasan yang paling baik untuk kita memulakan projek-projek yang berkaitan dengan soal
00:50Renewable Energy.
00:52Tenaga Boleh Baru ini.
00:55Kemudian di sebelah utara Johor, di Segamat, kawasan seluas lebih seribu eka untuk menjana Tenaga Boleh Baru ini sehingga satu
01:08gigawatt.
01:09Telah pun dipersetujukan oleh Kajian Negeri, telah pun dipersetujukan oleh Energy Commission, Selanjaya Tenaga untuk kawasan tersebut.
01:24Maka dengan kerjasama daripada Tenaga Nasional, dengan kerjasama daripada pihak TNB, usaha untuk menangani cabaran bekalan elektrik ini adalah ditampung
01:42dengan membangunnya usaha-usaha bagi pengeluaran Tenaga Boleh Baru.
01:50Terima kasih telah menonton!

Recommended