Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat dan Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat. Harapan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat sarjana antarabangsa, Profesor Seyyed Vali Reza Nasr.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat dan Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.
00:10Harapan itu disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat sarjana antarabangsa Prof. Syed Valiriza Nas di
00:19Putrajaya.
00:21Menerusi hantaran di Mida Sosial, Perdana Menteri berkata Valiriza yang juga penulis dan pakar hubungan antarabangsa serta pengajian Islam itu
00:30berada di negara ini atas undangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
00:35Katanya beliau memanfaatkan pertemuan itu dengan bertukar pandangan berhubung konflik Asia Barat dengan membincangkan kesannya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan
00:46serantau serta krisis bekalan tenaga global.
00:50Valiriza ialah Prof. Majid Kadduri bagi pengajian Asia Barat dan hal ehwal antarabangsa di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Recommended