Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Harga runcit petrol dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan penurunan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026, selaras dengan perubahan harga minyak mentah di pasaran dunia yang kembali menurun selepas tempoh peningkatan sebelum ini

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.87 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026
00:10berbanding RM5.17 seliter sebelum ini.
00:14Kementerian Kewangan MOF memaklumkan harga runcit RON97 pula ditetapkan pada RM4.70 seliter iaitu turun 20 sen berbanding RM4.90
00:25seliter sebelum ini.
00:26Manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.87 seliter berbanding RM4.02.
00:37Pada tempoh sama MOF memaklumkan kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan operasi sektor tertentu.
00:47Ini termasuk RON95 bersubsidi Budi95 pada RM1.99 seliter.
00:52Disil di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter.
00:58Sistem kawalan petrol bersubsidi SKPS pada RM2.05 seliter.
01:04Serta sistem kawalan disil bersubsidi SKDS pada RM2.15 seliter.
01:10Penetapan harga mingguan itu dilaksanakan berdasarkan mekanisme Automatic Pricing Mechanism APM
01:15yang digunakan kerajaan bagi menentukan harga runcit bahan api semasa.
01:19Walaupun berlaku penurunan, Kementerian Kewangan menjelaskan harga bahan api masih kekal tinggi
01:26berbanding sebelum konflik di Asia Barat, selain dipengaruhi faktor kos logistik, insurans dan ketegangan di laluan strategik seperti Selat Hormuz.

Recommended