Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis kokain seberat 3.3 kilogram, dianggarkan bernilai RM1.48 juta, pada Ahad lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia, AKPS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis kokin
00:11seberat 3.3 kg, dianggarkan bernilai 1.48 juta ringgit pada ahad lepas.
00:18Komander pintu masuk KLIA AKPS, Muhammad Safri Zakaria berkata, rampasan dilakukan di Balai Ketibaan Terminal 1 KLIA pada kira-kira
00:288 malam daripada seorang penumpang lelaki warga Indonesia yang tiba dari Freetown Sierra Leone melalui beberapa negara transit sebelum tiba
00:38di Malaysia.
00:41Pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas mendapati terdapat imej mencurigakan pada beg tangan dan bagasi milik lelaki berusia 61 tahun itu.
00:50Pemeriksaan lanjut menemukan tujuh paket kokin yang disyaki disorokkan pada lapisan dalam beg tangan serta bahagian sisi bagasi.
00:58Kes disiasat mengikut Seksyen 39B-1-A, Akta Dada Berbahaya 1952 dan semua barang rampasan diserahkan kepada unit penguatkuasaan KLIA
01:10untuk tindakan lanjut.
01:12Muhammad Safri juga berkata AKPS akan terus mempertingkat kawalan dan pemantauan di pintu masuk Malaysia bagi memantras aktiviti penyeludupan dadah
01:21selain memastikan keselamatan serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.

Recommended