Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Ketua Pesuruhjaya baharu, Datuk Seri Abd Halim Aman menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dipacu berteras kedaulatan undang-undang, lebih tegas, berwibawa dan bebas sepenuhnya. Beliau berkata, pengalaman dalam institusi kehakiman akan menjadi asas kepada kepimpinannya bagi memastikan proses keadilan tidak digugat dalam apa jua keadaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Pesuruh Jaya Baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM akan dipacu berteras kedaulatan undang
00:10-undang lebih tegas, berwibawa dan bebas sepenuhnya.
00:14Menurut beliau, pengalaman dalam institusi kehakiman akan menjadi asas kepada kepimpinannya bagi memastikan proses keadilan tidak digugat dalam apa jua
00:24keadaan.
00:28Menurut beliau, SPRM di bawah kepimpinannya akan bertindak tanpa genta dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak yang menyalahguna kuasa
00:36tanpa mengira pangkat atau pengaruh.
00:39Tegasnya, beliau memikul tanggungjawab ini pada saat yang amat penting dan mencabar bagi negara.
00:44Bagi memulihkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM, Abdul Halim berkata aspek penguatkuasaan akan dipertingkatkan selain memastikan setiap siasatan dilaksanakan secara profesional
00:56dan telus.
00:57Jelasnya, langkah pencegahan rasuah akan terus diperkasa termasuk memperkukuh pelindungan pemberi maklumat serta meningkatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan.
01:08Beliau turut menyuruh seluruh rakyat Malaysia agar bersatu melalui rasuah demi membina negara yang berteraskan integriti, keadilan dan kepercayaan.

Recommended