Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Ronald Dela Rosa, seorang Senator Filipina dan bekas Ketua Polis Negara Filipina, menggesa orang ramai pada Rabu supaya mengambil tindakan bagi menghalang penghantarannya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ronald De La Rosa, seorang Senator Filipina dan bekas Ketua Polis Negara Filipina, menggesa orang ramai pada Rabu supaya mengambil
00:07tindakan bagi menghalang penghantarannya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC di Belanda.
00:13Gesaan itu susulan maklumat bahawa De La Rosa akan ditahan selepas sesi senat pada Rabu oleh Biro Siasatan Kebangsaan, NBI
00:20dan Polis.
00:21De La Rosa dilaporkan dikaitkan dengan tindakan keras anti-dadah yang dilancarkan di bawah pentadbiran bekas Presiden Rodrigo Duterte yang
00:32kini ditahan di ICC.
00:34ICC memuka waran tangkap terhadap De La Rosa pada Isnin malam yang asalnya dikeluarkan secara rahsia pada November 2025.
00:43Pada Isnin selepas beberapa bulan tidak hadir, De La Rosa kembali ke senat dan ejen NBI cuba menahannya di dalam
00:52bangunan senat namun gagal.
00:54Kem De La Rosa memfailkan representasi segera pada Isnin menerusi sebuah firma guaman.
01:00Beliau memohon perintah larangan sementara dan read injangsi awal bagi menghalang sebarang penangkapan, penahanan penyerahan pemindahan atau ekstradisi terhadapnya tanpa
01:13waran kehakiman Filipina yang sah.
01:16Mahkamah Agung pada Rabu berkata ia tidak mengeluarkan perintah larangan sementara untuk menghentikan kemungkinan penahanan De La Rosa oleh ICC
01:25namun mengarahkan pegawai eksekutif yang dinamakan sebagai responden memberikan maklum balas terhadap petisyen itu.

Recommended