00:00Darurat diisytihar di Los Angeles apabila sebuah kebakaran besar gudang penyimpanan makanan sejuk beku belum dapat dipadamkan sehingga ahad.
00:09Insiden di Boyle Heights itu berlaku pada Rabu lalu dan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan supaya penduduk berlindung di dalam
00:17kediaman masing-masing.
00:20Ketua Jabatan Bomber Los Angeles, Jamie Moore berkata pasukan bomba mengawal api daripada terus merebak namun kini berdepan cabaran risiko
00:29biokimia di dalam gudang.
00:31Penduduk diarahkan menutup tingkap pintu dan saluran pengudaraan serta mematikan sistem penyaman udara berikutan risiko pencemaran udara berbahaya.
00:41Difahamkan gudang berkenaan menyimpan kira-kira 85 juta pound makanan sejuk beku.
00:46Struktur bangunan yang kompleks menyukarkan operasi pemadaman kerana jarak penglihatan terhad di dalam bangunan.
00:54Menerusi pengisytiharaan darurat itu, bantuan pemulihan dikerah di bawah Akta Bantuan Bercana California serta mempercepatkan akses kepada sumber dan program
01:03bantuan negeri.
01:05Keutamaan ketika ini adalah melindungi kesihatan dan keselamatan penduduk dengan memastikan bahan toksik di kawasan terjejas dapat dipindahkan dan dilupuskan
01:14dengan selamat.
01:16Terima kasih telah menonton!