Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
MBSB Research berkata perkembangan itu mencerminkan peningkatan semula minat pelabur asing terhadap pasaran ekuiti tempatan, walaupun sentimen pelaburan global masih dipengaruhi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelabur institusi asing kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu.
00:05Menurut firma penyelidikan MBSB Research, kumpulan tersebut merekodkan aduan masuk bersih sebanyak 75.3 juta
00:13menamatkan tren jualan bersih mereka sebelum ini selama 8 minggu berturut-turut.
00:20MBSB Research berkata perkembangan itu mencerminkan peningkatan semula minat pelabur asing terhadap pasaran ekuiti tempatan.
00:27walaupun sentimen pelaburan global masih dipengaruhi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.
00:32Sepanjang minggu berkenaan, pelabur institusi asing menjadi pembeli bersih pada 3 daripada 5 hari dagangan
00:39dengan aliran masuk tertinggi direkodkan pada Khamis sebanyak RM142.5 juta,
00:44diikuti Rabu RM23.1 juta dan Jumaat RM3.7 juta.
00:51Mengikut sektor, utiliti menjadi tumpuan utama kumpulan tersebut
00:54dengan aliran masuk bersih sebanyak RM136.5 juta,
00:59diikuti sektor perkhidmatan keuangan RM84.2 juta dan perladangan sebanyak RM50.9 juta.
01:07Sebaliknya, sektor teknologi merekodkan aliran keluar bersih terbesar sebanyak RM106.2 juta,
01:14diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian RM88.8 juta dan pembinaan RM20.9 juta.
01:22Dalam kalangan pelabur domestik, institusi tempatan kembali menjadi penjual bersih
01:27selepas mencatat pembelian bersih selama 12 minggu keturut-turut
01:31dengan aliran keluar bersih sebanyak RM201.3 juta, dicatatkan.
01:37Pelabur runcit pula kembali menyokong pasaran dengan menjadi pembeli bersih
01:41dengan aliran masuk sebanyak RM126 juta selepas mencatat jualan bersih pada minggu sebelumnya.
01:48Daripada segi aktiviti dagangan,
01:49purata volume dagangan harian atau ADTV pelabur runcit susut 6.5%,
01:54institusi tempatan meningkat 10.9%,
01:58manakala pelabur institusi asing merosot 27.6%.
02:03Terima kasih.
02:04Terima kasih.

Recommended