00:00Tren perbelanjaan pengguna dijangka kembali kukuh menjelang penghujung 2026 walaupun kekal berdepan dengan tekanan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.
00:08Menurut CIMB, Securities berkata situasi itu dipacu insentif bantuan tunai kerajaan serta peningkatan ketibaan pelancong asing yang dijangka menjadi pemangkin
00:17utama bagi menyokong permintaan sektor pengguna.
00:22Momentum jualan dijangka sederhana pada suku ketiga 2026 selepas bahagian besar perbelanjaan bersempena musim perayaan besar.
00:30Sebelum kembali pulih secara berperingkat pada suku keempat.
00:33Jelas firma itu dalam nota penyelidikannya pengguna dijangka berhati-hati susulan tekanan kos sara hidup menyebabkan permintaan tinggi ke atas
00:40keperluan harian manakala produk bersifat pilihan kekal lemah.
00:44Menurutnya sokongan kerajaan akan terus membantu perbelanjaan pengguna pada separuh kedua 2026 khususnya inisiatif program sumbangan tunai rahmah atau STR
00:53dan sumbangan asas rahmah atau SARA.
00:56Dari sudut kos operasi, jelas CIMB Securities, syarikat pengguna secara umumnya berjaya mengelakkan gangguan bekalan bahan mentah utama walaupun berlaku
01:04ketegangan di rantau Asia Barat sebelum ini.
01:07Bagaimanapun kos bahan berasaskan plastik, logistik dan utiliti dijangka naik menyebabkan banyak syarikat memindahkan kenaikan caj menerusi pelarasan kawalan harga
01:16jualan yang terpilih.
01:18Persaingan akan menjadi sengit apabila lebih banyak pemain memperluaskan rangkaian cawangan dan mendorong syarikat meningkatkan promosi dan menawarkan produk bernilai
01:27bagi mempertahankan pasaran.
01:29Sehubungan itu, CIMB Securities mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor pengguna memandangkan penilaian semasa mengambil kira sentimen pengguna yang lebih lemah
01:37dan pertumbuhan pelahan berkenaan.