Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Fenomena tersebut tahun ini diramal menjadi antara yang paling kuat sejak 1950, yang dijangka menjejaskan bekalan sawit global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga minyak sawit mentah MSM berpotensi besar melepasi paras RM4,500 satu tan dalam tempoh terdekat akibat fenomena cuaca El
00:09Niño.
00:10Tahun ini fenomena tersebut diramal menjadi antara yang paling kuat sejak 1950 yang dijangka menjejaskan bekalan sawit global.
00:18Selaras dengan jangkaan tersebut, firma penyelidikan MBSB Research mengekalkan saranan positif taktikal terhadap sektor perladangan
00:26disokong oleh faktor pelaksanaan mandat biodiesel B15 di Malaysia dan B50 di Indonesia.
00:33Katanya harga purata MSM RM4,491 satu tan pada Jun 2026 dan dijangka meningkat kepada RM4,541 pada Julai akibat
00:43faktor cuaca dan risiko geopolitik.
00:46Pengeluaran MSM Malaysia bulan lepas meningkat kepada 1.64 juta tan tetapi masih menyusut 3.2% berbanding tahun lalu.
00:54Manakala stok naik kepada 2.54 juta tan.
00:59Firma itu bagaimanapun mengekalkan andaian purata harga MSM 2026 pada RM4,300 satu tan.
01:06Serta menurunkan penarafan Sarawak Plantation Berhad kepada Neutral selepas kenaikan harga saham secara ketara.
01:13Sementara itu, RHB Research mengekalkan penarafan overweight terhadap sektor perladangan.
01:17Katanya Amerika Syarikat menganggarkan kebarangkalian 97% El Nino menjadi sangat kuat antara Oktober hingga Disember 2026.
01:27Firma itu berpandangan kesan terhadap pengeluaran produk sawit blazimnya berlaku dengan kelewatan kira-kira 12 bulan.
01:33Justru mengaruhi risiko kenaikan harga pada 2027.
01:37Ia turut menjangka aktiviti pengisian semula stok di pasaran India dan Bangladesh serta pelaksanaan biodiesel B50 di Indonesia turut membantu
01:46meningkatkan permintaan global.
01:48Terima kasih telah menonton!

Recommended