Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Transformasi ekonomi Sabah amat membanggakan apabila berkembang daripada sebuah ekonomi yang berteraskan sektor primer kepada sebuah ekonomi yang pelbagai dan dinamik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Transformasi ekonomi Sabah berkembang daripada sebuah ekonomi yang berteraskan sektor primer kepada sebuah ekonomi yang pelbagai dan dinamik.
00:09Selaras perkembangan itu, Sabah mengalu-alukan kehadiran pelabur yang memiliki kebakaran, pengalaman serta keupayaan pembiayaan untuk memaju pembangunan yang inklusif
00:21dari aspek sosial dan ekologi
00:24bagi memastikan manfaat yang nyata dan mampan kepada negeri dan rakyat.
00:30Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur dalam teks ucapan yang dibacakan timbalannya, Datuk Seri Masidi Manjun berkata,
00:37pelaburan impak pada asasnya melibatkan penyaluran modal kepada pelaburan yang menjana manfaat sosial dan alam sekitar, disamping memberikan pulangan keuangan.
00:46Belak berkata demikian ketika merasmikan sidang kemuncak pelaburan impak Asia Pasifik bagi pembangunan mampan Sabah.
00:52Tambah Haji Ji, sidang kemuncak itu amat bertepatan pada masanya kerana ia menyediakan platform kepada pemimpin pemikiran dan industri untuk
00:59membincangkan pelaburan impak,
01:01menjalin kerjasama global serta memperkenalkan penyelesaian yang bersifat transformatif.
01:07Haji Ji berkata rantau Asia Pasifik berada pada landasan pertumbuhan yang memberangsangkan,
01:12didorong oleh ekonomi yang dinamik, proses pembandaran yang pesat serta potensi pasaran yang semakin berkembang,
01:18sekaligus menjadikannya destinasi utama peluang pelaburan.
01:22Katanya dunia kini memandang ke arah Asia Pasifik bukan sahaja disebabkan oleh potensi ekonominya,
01:27tetapi juga kerana kepimpinan pemikiran dalam sektor utama,
01:30seperti teknologi, tenaga hijau dan pembangunan mampan.
01:35Terima kasih telah menonton!

Recommended