00:00Kerajaan menegaskan penjimatan yang diperoleh daripada pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 tidak disimpan semata-mata sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan
00:11semula untuk kesejahteraan rakyat.
00:13Kementerian Keuangan MOF berkata ruang fiskal yang diwujudkan hasil pelaksanaan dasar tersebut digunakan bagi memperkukuh bantuan bersasar dan jaringan perlindungan
00:23sosial negara.
00:25Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan mengenai manfaat penjimatan yang diperolehi daripada penyasaran subsidi RON95.
00:35Menurut MOF, kerajaan turut memperkenalkan beberapa langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan barangan asas dan kelangsungan sektor pengeluaran makanan negara.
00:46Antaranya termasuk insentif pembajakan kepada pesawah IPKP dan insentif penuaian padi yang bertujuan membantu pengeluar makanan serta memastikan bekalan makanan
00:56kepada rakyat terus terjamin.
00:58Dalam masa sama, MOF turut menjawab kebimbangan berkaitan tahap kesiapsiagaan PKS terhadap pelaksanaan penuh e-invoice menjelang Julai 2016.
01:06Menurut kementerian itu, kerajaan telah memberikan kelonggaran bagi fasa 4 pelaksanaan e-invoice sehingga 31 Disember 2007.
01:15Kementerian itu berpandangan tempoh tambahan yang diberikan mencukupi bagi memastikan pelaksanaan sistem tersebut berjalan lancar.
01:22Sehingga kini, lebih 230 ribu pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invoice dengan sebanyak 1.5 bilion e-invoice berjaya
01:31dikeluarkan.
01:32Menurut MOF, angka itu mencerminkan tahap penerimaan yang sangat baik dalam kalangan pembayar cukai terhadap inisiatif pendigitalan percukaian negara.