Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Sebanyak 27 mayat ditemukan manakala 83 lagi masih hilang selepas feri MV Barima terbalik ketika membawa 179 orang di perairan Guyana.

Pihak berkuasa turut menyiasat kemungkinan kecuaian kru selepas kapten feri didapati positif ganja.
Transcript
00:00Kurang-kurangnya 27 mayat berjaya ditemukan selepas sebuah feri yang membawa 179 orang terbalik di perairan Guyana.
00:09Menurut pihak berkuasa Guyana, dari jumlah itu, seramai 69 orang berjaya diselamatkan, manakala lebih 80 lagi masih hilang.
00:18Feri berkenaan dipercayai terbalik ketika dalam perjalanan dari Georgetown ke Port Kaituma, selepas mengeluarkan isyarat kecemasan pada Sabtu malam.
00:27Perdana Menteri Guyana, Mark Phillips mengarahkan siasatan dijalankan untuk meneliti kemungkinan kecuaian dan kegagalan prosedur keselamatan.
00:37Siasatan awal mendapati jumlah penumpang sebenar jauh melebihi rekod muatan apabila 32 mangsa yang diselamatkan tidak tersenarai dalam senarai penumpang.
00:46Dalam hal itu, Kapten Ferry dan seorang lagi anak kapal ditahan polis selepas didapati positif ganja.
00:53Presiden Irfan Ali turut melawat mangsa yang selamat dan ahli keluarga mereka serta memberi jaminan bahawa segala bantuan diperlukan akan
01:02disalurkan.
01:02Terima kasih.
01:03Terima kasih.
01:04Terima kasih.
01:05Terima kasih.

Recommended