Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan penangguhan selama tiga hari terhadap pelaksanaan tarif baharu 50 peratus ke atas barangan dari Kanada yang dijadualkan berkuat kuasa Rabu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan penangguhan selama tiga hari terhadap pelaksanaan tarif baru 50% ke atas barangan dari
00:08Kanada yang dijadwalkan berkuat kuasa rabu.
00:11Menerusi hantaran di platform Truth of Social, Trump berkata penangguhan dibuat selepas Kanada dan Amerika mencapai persetujuan sementara menunggu dokumen
00:19diselesaikan.
00:21Dalam hantaran di platform X, susulan pengumuman Trump, Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat berkata persetujuan itu akan berangkumi akses pasaran
00:30menyeluruh bagi semua barangan Amerika, komitmen terhadap keselamatan ekonomi serta penyelarasan perdagangan digital.
00:38Menurutnya persetujuan itu turut mengandungi beberapa peruntukan penting bagi melindungi pekerja Amerika dan rakan kongsi negara itu di Kanada.
00:47Trump dalam hantaran sama turut memberi bayangan bahawa projek saluran pipe Keystone XL mungkin dihidupkan semula.
00:55Projek itu dibatalkan Presiden Joe Biden pada 2021 selepas berdepan tentangan selama bertahun-tahun daripada masyarakat peribumi dan kumpulan alam
01:04sekitar.
01:05Bagaimanapun, Trump tidak memberikan butiran lanjut berhubung kemungkinan menghidupkan semula projek tersebut.
01:10Pengumuman itu dibuat selepas Trump mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kanada Mark Carney pada petang selasa.
Comments

Recommended