Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Undang-undang Persekutuan dan ordinan negeri yang berkaitan boleh diteliti serta diharmonikan bagi mengurangkan kemungkinan berlaku pertikaian pada masa hadapan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Persekutuan sedang meneliti aspek perundangan dan bidang kuasa berkaitan pembangunan ekonomi biru di Sabah bagi mengelakkan pertikaian antara Kerajaan
00:10Negeri dan Persekutuan pada masa hadapan.
00:13Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehluan Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sabmud berkata, penelitian itu dibuat dari Sudut Perjanjian
00:21Malaysia 1963 MA63 dengan mengambil iktibar daripada pengalaman dalam isu minyak dan gas.
00:31Mustafa berkata, persoalan mengenai sesuatu perkara berada di bawah senarai negeri atau senarai persekutuan perlu diteliti lebih awal sebelum industri
00:40ekonomi biru berkembang dengan lebih pesat.
00:42Menurutnya, Undang-Undang Persekutuan dan Ordinah Negeri yang berkaitan boleh diteliti serta diharmonikan bagi mengurangkan kemungkinan berlaku pertikaian pada masa
00:51hadapan.
00:51Cuma dari sudut MA63, saya sedang meneliti supaya bila ekonomi biru ini dilaksanakan, tidak akan ada berlaku pertikaian.
01:11Sebab pengalaman kita bila kita menangani isu oil and gas, sekarang ini sudah timbul di mana di bawah state list,
01:21di mana di bawah federal list.
01:23Beliau berkata, sekiranya terdapat potensi pertikaian berkaitan perkara itu, ia boleh dibawa untuk dibincangkan dalam jawatan kuasa teknikal dan jawatan
01:32kuasa Indo MA63.
01:34Bagaimanapun, Mustafa menjelaskan, belum ada pertikaian berkaitan ekonomi biru pada masa ini dan pihaknya masih mendapatkan input serta meneliti perkara
01:43berkenaan.
01:44Mustafa berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Aqua Group Fiesta 2016 di Politeknik Sandakan Sabah.
Comments

Recommended