00:00Israel memberi amaran tidak akan membenarkan Turki memperluaskan kehadiran naskarnya lebih jauh ke selatan Syria.
00:06Amaran itu dikeluarkan selepas tentera udara rejim Zionis menyerang lapangan terbang di negara itu yang didakwa menjadi lokasi persiapan Ankara
00:14untuk menempatkan pasukan tenteranya.
00:19Perdana Menteri Israel, Benjamin Nintanyahu berkata kehadiran tentera Turki di kawasan berkenaan dianggap mengancam keselamatan Israel.
00:27Katanya, Israel bertindak secara ketenteraan selepas amaran berkenaan tidak diindahkan merujuk kepada serangan terhadap pangkalan udara Abu Duhur.
00:37Menurut Nintanyahu, Israel mendapati Turki berhasrat menempatkan pasukan tentera di sebuah lapangan terbang di selatan garisan Turki berhampiran Aleppo.
00:46Kenyataan itu dibuat selepas Ketua Tentera Israel, Lieutenant General Eyal Zamir, mengunjungi zon keselamatan yang diduki Israel di selatan Syria
00:55pada Rabu.
00:56Zamir berkata tentera Israel memantau perkembangan di sempadan Syria dan tidak akan membenarkan mana-mana pasukan tentera yang dianggap bermusuhan
01:05bertapak berhampiran sempadannya.
01:08Tentera Israel menempatkan anggotanya di zon keselamatan di selatan Syria sejak kejatuhan kerajaan Bashar al-As'ad pada Desember 2024.
01:16Kawasan itu sebelum ini merupakan zon penampan tanpa tentera yang dipantau pasukan pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bagi memisahkan tentera
01:26Israel dan Syria di kawasan Bukit Golan yang diduki Israel sejak 1974.
01:33Serangan terhadap Abu Duhur yang terletak di wilayah Idlib di barat laut Syria berlaku selepas Israel menuduh Damsyik melanggar perjanjian
01:42dengan menerima kehadiran tentera Turki di pangkalan berkenaan.
01:46Turki yang mempunyai hubungan tegang dengan Israel sejak beberapa tahun kebelakangan ini menolak dawaan tersebut.
01:53Ankara berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan kerajaan Syria bagi menggalakkan keamanan dan kestabilan selain tidak akan membenarkan negara itu
02:02terus digugat ketidakstabilannya.
Comments