Skip to playerSkip to main content
Seorang tertuduh warga emas diserang sawan ketika prosiding mahkamah berhenti seketika sebelum diberikan ubat oleh anggota polis yang bertugas di Mahkamah Sesyen 2, George Town pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Tertuduh yang menghadapi pertuduhan mencederakan seorang lelaki itu kemudiannya berjaya ditenangkan selepas menerima ubat yang dibawa oleh tertuduh sendiri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793702/berita/semasa/lelaki-diserang-sawan-di-kandang-tertuduh

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #GeorgeTown #Lelaki #Sawan

Category

🗞
News
Transcript
00:01Seorang tertuduh warga emas diserang sawan ketika proseding mahkamah berhenti seketika sebelum diberikan ubat oleh anggota polis yang bertugas di
00:11Mahkamah Session 2 Georgetown pada Kamis.
00:14Tertuduh yang menghadapi pertuduhan mencederakan seorang lelaki itu kemudiannya berjaya ditenangkan selepas menerima ubat yang dibawa oleh tertuduh sendiri.
00:24Selepas beberapa minit kemudian, keadaan tertuduh kembali tenang dan mampu bercakap semula.
00:31Mengikut pertuduhan, tertuduh Oihok Wah, 62 tahun, didakwa melakukan kesalahan berkaitan kecederaan menggunakan sebilah senjata atau objek besi sehingga menyebabkan
00:43kecederaan parah kepada seorang lelaki.
00:46Berdasarkan pertuduhan, kejadian didakwa berlaku pada 23 Ogos 2026 kira-kira jam 9.30 pagi di hadapan sebuah rumah beralamat
00:57di Jalan Perak, Georgetown.
00:59Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan
01:11jika sabit kesalahan.
01:12Tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam dialek hukian terhadapnya di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
01:22Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Lee Jung Kyung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
01:29Jung Kyung tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan mengemukakan beberapa alasan untuk pertimbangan mahkamah.
01:36Irwan kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh berdasarkan hujah-hujah yang diberikan.
01:46Kes ditangguh sehingga 1 Oktober untuk fakta hukuman dan laporan perubatan penuh.
Comments

Recommended