Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Indonesia pada Rabu mempergiat operasi pemadaman kebakaran di Kalimantan dan Sumatera susulan kebakaran hutan dan tanah yang masih marak, dengan kawasan dianggarkan seluas 74,870 hektar terbakar di enam wilayah keutamaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Indonesia terus mempergiat operasi pemadaman kebakaran di Kalimantan dan Sumatera sesulan kebakaran hutan dan tanah yang masih marak dengan
00:09kawasan dianggarkan seluas 74,870 hektare terbakar di enam wilayah.
00:14Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB Berton Panjaitan berkata operasi udara itu melibatkan
00:2552 helikopter yang menggugurkan lebih 4 juta liter air di lokasi kebakaran.
00:31Beliau berkata pihaknya merekodkan 4.6 juta liter air diangkut dan digugurkan di lokasi kebakaran menerusi beberapa penerbangan di enam
00:40wilayah.
00:41Beliau berkata sebanyak 7,334 titik panas direkodkan di enam wilayah pada selasa dengan Kalimantan Barat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu
00:502,610 diikuti Kalimantan Tengah 2,110 dan Sumatera Selatan 1,438.
00:57Menurut beliau, Kalimantan Barat turut mencatatkan anggaran keluasan kawasan terbakar tertinggi iaitu 38,311 hektare diikuti Riau 16,440 hektare,
01:09Kalimantan Tengah 9,605 hektare, Kalimantan Tengah 7,634 hektare, Sumatera Selatan 1,926 hektare dan Jambi 954 hektare.
01:21Kebakaran hutan dan tanah yang berterusan menyebabkan kualiti udara merosot dengan ketara apabila indeks pencemaran udara IPU di beberapa kawasan
01:29di Kalimantan Tengah mencecah 573 pada awal Rabu iaitu paras yang dikategorikan sebagai berbahaya.
01:36Sementara itu, Ketua Pusat Krisis Kesehatan Kementerian Kesehatan Agus Jamaluddin berkata, kira-kira 3,4 juta penduduk terjejas akibat kebakaran
01:45di tujuh wilayah iaitu Riau, Jambi dan Sumatera Selatan di Sumatera serta Kalimantan Barat Tengah Timur dan Selatan.
01:53Kebakaran itu turut menimbulkan kebimbangan serius di negara jiran termasuk Malaysia apabila jerebu rentas sempadan memburukkan kualiti udara di beberapa
02:01kawasan di selatan rantau ASEAN.

Recommended