00:00Adun Pakatan Harapan di Negeri Sembilan menggesa Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula arahan supaya mereka memulangkan peruntukan diterima bagi tempoh Julai
00:11hingga September sesulan pembubaran DUN.
00:14Adun Nilai J. Arul Kumar dilapor berkata, sebahagian peruntukan itu telah digunakan untuk kebajikan rakyat, malah ada wakil rakyat yang
00:23sudah menggunakannya sepenuhnya.
00:25Katanya dana berkenaan sudah disalurkan kepada sekolah, persatuan, kawasan rukun tetangga serta jawatan kuasa keselamatan dan pembangunan kampung dan bukan
00:36untuk kegunaan sendiri atau tujuan politik.
00:39Semalam Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim berkata, 17 adun PH dan 2 penyelaras DUN perlu memulangkan peruntukan yang diterima
00:49sehari sebelum DUN dibubarkan pada 5 Jul lalu.
00:52Arul berkata, pemulangan sukar dilakukan kerana jumlahnya besar.
00:58Tambahnya lagi, semua adun PH dan 2 penyelaras telah mengemukakan laporan kewangan sehingga 30 Jun serta memulangkan bagi peruntukan sebelum
01:0810 Julai.
01:09Beliau juga akan bertemu Ismail untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
01:13Kerja Juno, FMT
Comments