00:00Indonesia, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain memulakan latihan ketenteraan bersama tahunan pada Isnin.
00:07Latihan digelar Super Garuda Shield itu bertujuan meningkatkan keupayaan pertahanan dan memperkuat kedaulatan berantau Asia Pasifik.
00:18Panglima Tentera Nasional Indonesia TNI, General Agus Subianto berkata,
00:23latihan itu antara lain bertujuan memperkukuh diplomasi dan pertukaran kepakaran.
00:28Tanpa memberi butiran lanjut, beliau berkata bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana merupakan antara elemen baharu yang dimasukkan dalam program latihan
00:37tahun ini.
00:38Latihan itu turut merangkumi latihan penyusupan pasukan khas dan pertahanan saibah.
00:43Latihan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 11 September itu melibatkan kira-kira 5,000 anggota dari 15 negara termasuk
00:52Jepun, Korea Selatan dan Kanada.
00:55Latihan akan diadakan di beberapa lokasi termasuk di Pulau Sumatera dan Borneo.
01:00Untuk rekod, latihan Super Garuda Shield telah diadakan di Indonesia sejak 2006 dan pada asalnya merupakan latihan dua hala antara
01:08Indonesia dan Amerika Syarikat sebelum dipeluas dengan penyertaan negara rakan.
01:13Indonesia mengekalkan dasar luar berkecuali yang disifatkannya sebagai bebas dan aktif sambil berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Washington dan Beijing.
01:23Terima kasih.
01:24Terima kasih.