• 3 months ago
Pengguna di Amerika Syarikat akan melihat nama Tasik Amerika pada peta, manakala pengguna di Kanada masih akan melihat nama Tasik Ontario.
Transcript
00:00Aplikasi navigasi Google Maps telah menukar nama Tasik Ontario atau Lake Ontario kepada Tasik Amerika atau Lake America bagi pengguna
00:09di Amerika Syarikat.
00:11Tindakan itu susulan perintah eksekutif ditanda tangani Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
00:18Tasik Ontario, salah satu dari lima tasik besar di Amerika Utara, terletak di sempadan Amerika Syarikat, Kanada dengan wilayah Ontario,
00:27Kanada di utara dan negeri New York, Amerika Syarikat di selatan.
00:31Trump pada kamis menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan Jabatan Dalam Negeri menukar nama Tasik Ontario kepada Tasik Amerika.
00:39Langkah itu menyusul ketika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Kanada terus meningkat.
00:46Pengguna di Amerika Syarikat akan melihat nama Tasik Amerika pada peta, manakala pengguna di Kanada masih akan melihat nama Tasik
00:55Ontario.
00:56Ini merupakan kali kedua Trump mencabar nama-lama sebuah badan air antarabangsa dan menukarnya secara unilateral untuk kegunaan Amerika Syarikat.

Recommended