00:00Dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan indeks pencemar udara IPU pada tahap berbahaya setakat 11 pagi pada Rabu dengan Kuching
00:08mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 312 berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia APIMS.
00:16Satu lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah IPD Serian dengan 304.
00:22Sementara itu enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan dengan 286, Sibu 278,
00:32Sarike 271, Mukah 225, Bintulu 221 dan Sri Aman 219.
00:39Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Samaraju Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 196 diikuti
00:48Kapit 187, Politeknik Kota Kinabalu 185, ILP Miri 183 dan Labuan 181.
00:58turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri Sarawak dengan 181, Kota Kinabalu Sabah 179, Kimanis 175, Keningau 173, Limbang 173,
01:11Johan Setia di Selangor dengan 161, Sandakan 152, Putrajaya 148, Nilai di Negeri Sembilan dengan 137, Tawau 123 dan Seremban
01:24dengan 116.
01:25Sementara itu sebanyak 44 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.
01:34Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga
01:43300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Comments