Skip to playerSkip to main content
Tiada siasatan dijalankan berhubung dakwaan peruntukan RM180,000 yang diluluskan kepada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sehari sebelum pembubaran DUN Negeri Sembilan pada 5 Jun lalu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, tindakan boleh diambil sekiranya terdapat aduan atau bukti yang menunjukkan peruntukan itu disalahgunakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794543/berita/semasa/tiada-siasatan-dakwaan-peruntukan-rm180000-kepada-bekas-17-adun-ph-negeri-sembilan---sprm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanperuntukan #SPRM #ADUNPH

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setakat ini pihak kami tidak menerima apa jua laporan berkanaan dengan isu peruntukan Rp180,000 yang diisiharkan oleh kerajaan PH
00:14sebelum pembuaran Dewan Undangan Negeri Sembilan berlaku.
00:18Saya juga dimaklumkan secara praktikalnya kerajaan yang berkuasa dan memerintah boleh membuat apa sahaja polisi asalkan polisi tersebut tidak menyanggahi
00:37undang-undang dan juga perlembagaan.
00:39Jadi dalam isu peruntukan Rp180,000 yang dikatakan diisiharkan ataupun diberikan kepada adun-adun yang berkaitan itu, jika benar ia
00:53dilakukan sehari sebelum pembuaran Dewan Undangan Negeri, maka maknanya kerajaan yang mengisiharkan peruntukan tersebut adalah kerajaan yang sah.
01:03Dan apabila ia kerajaan yang sah, maknanya kata apa sahaja yang diumumkan oleh kerajaan itu adalah merupakan polisi kerajaan tersebut.
01:14Pihak kami tidak menerima apa-apa laporan berkaitan dengan perkara tersebut dan kami tidak akan menyesat.
01:22Jika seandainya ada pihak contohnya membuat aduan kepada pihak SPRM atau pada mana-mana agensi penguatkuasa yang lainnya, makanya pihak
01:34kami akan melakukan penyiasatan sewajarnya.
01:37Terutamanya jika dapat dibuktikan yang peruntukan tersebut telah disalahgunakan.
01:44I itu maksudnya.
01:47Pasti peruntukan tersebut diberikan untuk tujuan tertentu.
01:51Jika dapat dibuktikan peruntukan itu tidak digunakan untuk tujuan tertentu tetapi disalahgunakan, makanya ia membolehkan penyiasatan untuk dilakukan.
02:01Setakat ini tidak ada laporan.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended