00:00Kita mulakan dengan perkembangan mengenai pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi COO Lembaga Tabung Haji TH, Dato' Azwan Abdul Ghani
00:11di bawah Seksyen 165 Kanun Kesiksaan di Mahkamah Seksyen di Sya'alam ditangguhkan pada Khamis kerana sudah menerima rawatan di
00:19Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM berkaitan masalah jantung.
00:23Menurut isteri tertuduh Zureen Zainuddin yang hadir ketika proseding, suaminya dimasukkan ke hospital sejak 31 Ogos sesudah mengadu sakit dada
00:33pada hujung minggu lalu.
00:35Selain itu, Peguam Mewakili Tertuduh Wan Azwan Aiman Wan Fakruddin turut melampirkan dokumen perubatan oleh Pakar Kardiologi Kanan PPUM bagi
00:43mengesahkan ketidakhadiran orang kena tuduh OKT itu.
00:46Hakim Awang Karis Nada Awang Mahmud berkata, keadaan tertuduh yang serius menyebabkan situasi ketika ini tidak sesuai untuk Mahkamah pergi
00:55ke hospital bagi membacakan pertuduhan terhadapnya.
00:58Mahkamah menetapkan 24 September 2016, 9 pagi sebagai tarikh baharu pendakwaan.
01:03Dalam perkembangan sama Peguam Bela, Wan Azwan Aiman berkata, anak guamnya menghadapi tiga pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Kesiksaan
01:12iaitu menerima barang berharga daripada individu yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi sebagai penjawat awam.
Comments