Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Selepas sembilan hari terperangkap dalam terowong akibat runtuhan ais, batu dan lumpur, seorang mangsa berjaya diselamatkan sebelum diterbangkan ke Kathmandu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang mangsa yang diselamatkan dari dalam terowong projek hydroelectric di Nepal dikejarkan ke sebuah hospital di Kathmandu pada Jumaat selepas
00:09diterbangkan dari sebuah pangkalan tentera di Nuwakot.
00:13Mangsa antara dua individu yang ditemukan hidup selepas terperangkap dalam terowong berhampiran stesen hydroelectric di sungai Trishuli 9 hari selepas
00:24kejadian runtuhan ais, batu dan lumpur melanda lembah berkenaan pada 26 Ogos lalu.
00:32Pasukan penyelamat percaya runtuhan glacia di bahagian hulu sungai Trishuli menyebabkan sekurang-kurangnya 900 individu terperangkap dalam terowong membabitkan enam
00:41projek hydroelectric di sepanjang sungai itu.
00:45Bencana berkenaan turut mengorbankan lebih 1,250 orang di Nepal manakala lebih 4,200 lagi masih dilaporkan hilang.
00:53Rumah, jalan raya dan sekolah di beberapa kawasan berhampiran Sempanan Cina-Tibet turut dihanyutkan sementara ribuan penduduk terpaksa dipindahkan akibat
01:02bencana itu.
01:04Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang masih hilang dengan tumpuan diberikan di kawasan terowong dan lokasi
01:11yang terjejas teruk.
01:12Pihak berkuasa Nepal turut meneruskan usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa yang dipindahkan serta menilai kerosakan infrastruktur akibat bencana berkenaan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended