Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kerajaan sedia mempertimbangkan pengisytiharan darurat jika terdapat lagi kawasan yang merekodkan IPU melebih 400.
Transcript
00:00Baik, kerajaan sedia mempertimbangkan pengisytiharan darurat sekiranya terdapat lagi kawasan yang merekodkan indeks pencemaran udara IPU melebihi 400.
00:11Menteri Sumbah Asli dan Kelas Tarian Alam NRES, Datuk Seri Arthur Joseph Kurut berkata, langkah itu boleh dipertimbangkan sekiranya bacaannya
00:19IPU berada pada tahap sangat berbahaya sebagaimana berlaku di Serian Sarawak.
00:25Ikut SOP kita, kita masih lagi akan mencadangkan supaya kawasan itu diistiharkan darurat. Berarti sekolah mungkin akan bertutup, orang digalakkan
00:37untuk pakai pelitup muka, jangan keluar sekiranya sangat-sangat perlu dan orang mungkin boleh diminta untuk berkerja daripada rumah dan
00:46sebagainya.
00:47Tambah beliau, kerajaan juga bersedia bekerjasama dan menawarkan aset serta kekuatan bagi operasi pemadaman kebakaran yang berlaku di Indonesia.
00:56Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan projek kampung angkat madani dan sekolah angkat madani di dataran kampung Basung, Hulu Terengganu
01:04pada Sabtu.
01:05Pada Jumaat yang dipertuan agung Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai
01:15tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
01:20Ia turut menyaksikan penutupan 647 sekolah di seluruh Sarawak bermula Isnin ini dengan sesi persekolahan diteruskan menerusi kaedah pengajaran dan
01:31pepelajaran di rumah atau PDPR.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended