00:00Isu masa menunggu pesakit yang panjang di hospital termasuk di kawasan daerah dan luar bandar terus diberi perhatian Kerajaan Sabah.
00:09Pembantu Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, beberapa penambahbaikan sistem pengurusan sudah dilaksanakan bagi memastikan
00:20pesakit terus mendapat layanan dan perhatian sewajarnya.
00:26Menurut Rina, isu kepadatan pesakit bukan hanya berlaku di hospital daerah Tawau, malah turut menjadi cabaran di bandar besar seperti
00:34Kota Kinabalu.
00:35Katanya keadaan menjadi lebih mencabar apabila hospital berdepan jumlah pesakit yang tinggi serta kekurangan kaki tangan.
00:45Sebenarnya kalau isu ini bukan hanya di peringkat daerah Tawau, di mana-mana lagi sekalipun, terutama di bandar besar seperti
00:51Kota Kinabalu sendiri mempunyai masalah yang sangat serius daripada segi kepadatan pesakit-pesakit dan pelawat ke hospital.
00:59Dan ini memang isu yang sudah kita sentiasa cuba mendapatkan solusi yang lebih baik walaupun dalam jangka masa yang pendek
01:05dan daripada peringkat pentadbiran pengurusan sendiri ada banyak sistem yang telah direform dan telah diubah.
01:15Tambah Rina, setakat ini pihaknya belum menerima laporan bahawa pesakit tidak mendapat layanan atau perhatian ketika mendapatkan perkhidmatan di hospital.
01:24Jelasnya meskipun kekurangan kaki tangan dan kesesakan menyebabkan kebimbangan terhadap masa menunggu, keadaan itu masih dapat ditangani.
01:32Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berasmikan program Jiwa Komuniti Madani Hari Kebangsaan Hari Malaysia peringkat Dun Kukusan di Tawau
01:41pada Ahad.
Comments