00:00Bekas Presiden Indonesia Joko Widodo menghargai perhatian dan doa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Indonesia.
00:08Ia sesulan bencana gunung berapi dan cabaran jerebu yang sedang dihadapi Republik itu, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi
00:16menerusi hantaran di media sosial berkata beliau gembira dapat berbicara dan bertukar kabar dengan Anwar menerusi perbualan telefon pada Ahad.
00:26Pada masa sama memohon maaf kerana belum berkesempatan bertemu secara langsung dengan Anwar di Pulau Pinang.
00:33Tegas Jokowi, hubungan Indonesia dan Malaysia bukan sekadar hubungan antara dua negara, sebaliknya kedua-dua negara merupakan bangsa serumpun yang
00:42mempunyai sejarah, budaya serta hubungan persaudaraan yang begitu dekat.
00:46Beliau juga berharap persahabatan dan hubungan baik antara kedua-dua negara terus terpelihara.
00:52Jokowi ketika ini menghadiri Dialog Keselamatan Pulau Pinang yang berlangsung di Georgetown dan turut menyampaikan ucap tama pada forum berkenaan
01:00hari ini.