Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Kedua-dua negara dijangka meneliti hubungan dua hala dan meneroka langkah untuk terus memperkukuh kerjasama termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan sempadan, pertanian serta perkembangan terkini di Selatan Thailand.
Transcript
00:00Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Sihasak Puangkat Kiao, memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia pada ahad.
00:07Kedua-dua negara dijangka meneliti hubungan bilateral dan meneroka langkah untuk terus memperkukuh kerjasama.
00:17Ini termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, kesaling hubungan sempadan, pertanian serta perkembangan terkini di selatan Thailand.
00:26Menurut Wisma Putra, Sihasak yang diiringi pegawai kanan kerajaan Thailand berada di Malaysia dari 6 hingga 7 September,
00:34susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Anutin Chanvirakul ke Malaysia pada 9 dan 10 Julai.
00:40Pada Isnin, Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan akan menghuskan majlis makan tengah hari bagi meraihkan Sihasak.
00:47Perbincangan turut akan memberi tumpuan kepada perkembangan terkini di selatan Thailand,
00:51di samping usaha mempertingkatkan kerjasama ekonomi dan kesaling hubungan sempadan.
Comments

Recommended