Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Penguatkuasaan terhadap sumber pencemaran tempatan termasuk pembakaran terbuka dan pelepasan industri perlu diperkukuh bagi mengurangkan risiko kemerosotan kualiti udara serta kesan kesihatan kepada rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penguatkuasaan terhadap sumber pencemaran domestik perlu diperkukus sebagai sebahagian daripada usaha menangani pencemaran udara secara lebih terkesan, terutama ketika negara
00:10berdepan dengan risiko jerebu.
00:12Pakar Perubatan Kesihatan Awam IMU Universiti, Datuk Dr. Syed Muhammad Al-Junid, Syed Junid berkata, tindakan itu penting bagi memastikan
00:20pencemaran yang berpunca daripada aktiviti tempatan seperti pembakaran terbuka, pelepasan asap industri serta aktiviti lain yang menjejaskan kualiti udara dapat
00:30dikesan dan ditangani.
00:34Pertama sekali untuk memastikan selain daripada udara kita tidak tercemar, kita harus mengadakan beberapa perkara yang penting.
00:43Misalnya WHO ada mengeluarkan suatu garis panduan untuk kualiti udara. Ini harus dikuatkuasakan dan juga dilakukan enforcement supaya selain daripada
00:54pencemaran tersebut datang di perlaluan negara tetapi yang sumber daripada dalam negara juga harus kita pastikan
01:02tidak berlaku. Misalnya mungkin ada kilang-kilang yang melepaskan bahan-bahan yang mencemar udara. Ini harus dijalankan suatu penguatkuasaan yang
01:12lebih terperinci supaya tidak berlaku.
01:14Tambah beliau kerjasama antara agensi penguatkuasa turut perlu diperkukuh bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan lebih pantas apabila berlaku pembakaran
01:22terbuka atau pelepasan bahan pencemar yang berpotensi memburukkan keadaan.
01:27Pada masa sama, masyarakat disaran mengurangkan aktiviti yang meningkatkan pendedahan kepada udara tercemar khususnya apabila kualiti udara berada pada tahap
01:36tidak sihat.
01:37Selain tindakan domestik, kerjasama serantau juga masih diperlukan sekiranya pencemaran berpunca dari negara jiran termasuk melalui mekanisme ASEAN bagi menangani
01:46pembakaran terbuka dan amalan pengurusan ladang yang menyumbang kepada pencemaran rentas sempadan.
01:52Beliau berkata demikian dalam Niaga Awani pada Isnin.
Comments

Recommended