00:11Bekas pengarah besar Felda di reman 5 hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju
00:19bagi sebuah projek di Ibu Negara selain urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.
00:27Siasatan insiden membabitkan permainan rollercoaster di Taman Tema Sunway Legoon Subang Jaya pada 22 Ogos lalu
00:33dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 4 bulan untuk dilengkapkan.
00:40Enam individu termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika merentasi laluan gunung transgerah Lujing, Gua Musang
00:47berjaya dihubungi dan memalumkan mereka berada dalam keadaan selamat pada Isnin.
00:54Pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia SMART kini digerakkan ke zon Ground Zero di Nepal
01:00bagi membantu mengesan ribuan mangsa yang dilaporkan hilang susulan bencana buruk di negara pergunungan itu.
01:10Polis sedang menjalankan siasatan mengenai dawaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang
01:15pernah ditawarkan kerjasama oleh AS untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional pada 2014.
01:24Proses pembelajaran di institusi pendidikan tinggi IPT setakat ini tidak terjejas akibat jerebu,
01:30susulan pelaksanaan sistem pembelajaran yang lebih anjal.
01:36Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan
01:40Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan.
01:48Malaysia memerlukan lebih ramai bakat dalam bidang sains, teknologi, kejurtaan dan matematik STEM
01:53bagi membina negara yang lebih berdaya saing serta berdaya tahan.
02:00Indonesia melaksanakan pembelajaran dalam talian untuk sekolah-sekolah di wilayah Banten pada Isnin 7 September
02:06selepas letusan gunung berapi menyebabkan wilayah itu diselubungi abu gunung berapi.
02:14Presiden FIFA Gianni Infantino menegaskan beliau akan terus bertanding untuk pemilihan semula
02:19di sebalik berdepan tekanan daripada beberapa badan bola sepak serantau.
02:29Terima kasih telah menonton!