• 3 months ago
Indeks Harga Pengguna (CPI) China meningkat 0.8 peratus pada Ogos didorong lonjakan perjalanan musim panas, peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan berkualiti tinggi serta kenaikan harga bahan api dan produk elektronik.
Transcript
00:00Permintaan tinggi terhadap aktiviti pelancongan sempena musim cuti panas dan perkhidmatan berkualiti tinggi
00:06menyumbang kepada peningkatan indeks harga pengguna atau CPI China pada Ogos.
00:12Biro Perangkaan Kebangsaan China melaporkan kadar kenaikan CPI pada Ogos meningkat 0.3% berbanding Julai.
00:24Sementara itu, harga barangan pengguna dan perkhidmatan masing-masing meningkat 0.8% dalam tempoh sama.
00:32Ahli Ekonomi Pusat Pemantauan Harga Suruhanjaya Pembangunan dan Pemperharuan Kebangsaan China, Liu Nangchud berkata
00:38permintaan terhadap pelancongan meningkat ketara sepanjang musim puncak perjalanan pada Ogos.
01:02Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, CPI China berubah daripada penurunan 0.1% pada Julai kepada peningkatan 0.4%
01:12pada Ogos.
01:13Kenaikan itu turut didorong oleh peningkatan harga minyak mentah antarabangsa yang menyebabkan harga produk petrolium bertapis domestik meningkat
01:21sekaligus menambah kos bahan api pengangkutan.
01:24Dalam masa sama, pertumbuhan permintaan terhadap kuasa perkomputeran menyumbang kepada kenaikan harga produk elektronik
01:30seperti komputer, tablet, komputer peribadi dan telefon pintar.

Recommended