Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Semua operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan sementara susulan nahas helikopter di Long Lellang bagi membolehkan siasatan serta semakan terhadap aspek keselamatan dan operasi dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua operasi perkhidmatan doktor udara atau FDS di Sarawak ditangguhkan sementara susulan nahas helikopter di Long Lelang, Miri selas lalu.
00:11Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifri Ahmad berkata langkah itu diambil bagi membolehkan siasatan menyeluruh serta semakan terhadap mekanisme keselamatan
00:20dan operasi dilaksanakan.
00:23Menerusi satu kenyataan, katanya penangguhan operasi itu akan memberi ruang kepada pihak berkaitan untuk menilai semula prosedur dan tahap keselamatan
00:31perkhidmatan berkenaan.
00:33Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa perkhidmatan pemindahan perubatan atau Medivac bagi kes kecemasan akan terus dilaksanakan.
00:43Menurutnya, perkhidmatan itu akan diteruskan melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia.
00:51Dalam masa sama, KKM akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Angkatan Tentera Malaysia atau ATM bagi meneroka penggunaan aset ketenteraan untuk
01:00memindahkan pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan.
01:04Langkah itu bertujuan memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan kritikal tidak terjejas sepanjang tempoh penangguhan operasi FDS.
01:13Sebelum ini, sebuah helikopter FDS terhempas di Longlelang, Miri, mengorbankan lima individu yang sedang menjalankan misi perkhidmatan kesihatan ke kawasan
01:24pedalaman.

Recommended