Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Menurut polis, pasukan penyiasat mendakwa Younis Qambari, 38, menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa dalam satu serangan yang dipercayai berlaku beberapa hari sebelum wanita itu dibawa ke hospital.
Transcript
00:00Seorang wanita warga Malaysia maut selepas dipercayai menjadi mangsa serangan keganasan rumah tangga di Perth, Australia bulan lalu.
00:08Mangsa Kah Ming Tan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kediaman di Terry Street, St. James, kita pukul 8.30
00:17malam.
00:19Wanita itu dikejarkan ke hospital Royal Perth oleh pasukan kecemasan St. John WA namun gagal diselamatkan.
00:26Menurut polis, pasukan penyiasat mendakwa Yunis Kambari, 38 tahun, menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa dalam satu serangan yang dipercayai berlaku
00:36beberapa hari sebelum wanita itu dibawa ke hospital.
00:39Menurut polis, kecederaan tersebut akhirnya menyebabkan kematian mangsa.
00:43Kejadian dipercayai berlaku dalam konteks hubungan keluarga dan rumah tangga.
00:48Namun laporan itu tidak memperincikan bentuk hubungan antara Kambari dengan mangsa.
00:52Kambari didakwa atas pertuduhan membunuh dan hadir secara ringkas di Mahkamah Magistrate Perth pada Jumaat.
01:00Permohonan ikat jamin tidak dipertimbangkan dan tertuduh dijadwalkan kembali ke mahkamah pada September.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended