Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Pasukan keselamatan dan peneroka Israel dilaporkan meneruskan serbuan, tangkapan serta serangan di beberapa kawasan Tebing Barat termasuk Ramallah, Jericho, Nablus dan Jenin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan keselamatan dan peneroka Israel dilaporkan terus melancarkan serbuan, tangkapan serta serangan di beberapa kawasan tebing barat yang diduduki.
00:10Menurut agensi berita Palestine Wafa, insiden terbaru itu melibatkan kawasan Ramallah, Jericho, Nablus, Tulkam dan Jinin.
00:19Dua penduduk Palestine dari Al-Mugair dilaporkan mengalami patah tulang dan lebam selepas diserang oleh peneroka haram Israel di laluan
00:27yang menghubungkan Ramallah dan Jericho.
00:29Dalam kejadian berasingan, tentera turut melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestine berhampiran sebuah ladang di timur Al-Mugair ketika menyerang
00:37sebuah ladang ternakan ayam.
00:39Di Beta Selatan Nablus, peneroka dilaporkan menyerang kediaman penduduk serta mencuri ternakan.
00:45Pada masa sama, tentera Israel mengarahkan dua keluarga mengosongkan rumah mereka dalam tempoh 72 jam.
00:51Di Tulkarim, tiga lelaki Palestine ditahan dalam operasi berasingan oleh pasukan keselamatan Israel.
00:56Sementara itu, sebuah kenderaan dilaporkan terbalik di Al-Bireh selepas ditembak oleh pasukan Israel.
01:03Dalam berdiri itu, peneroka haram Israel turut menaikkan bendera di sebuah rumah yang sedang dibina di diara Abu Daif, Timur
01:09Jenin,
01:10selepas pemiliknya menerima arahan merobohkan rumah tersebut daripada pihak berkuasa Israel.
01:15Insiden-insiden terbaru itu menambah ketegangan yang berterusan di tebing barat di tengah-tengah konflik Israel-Palestin yang masih belum
01:21menunjukkan tanda akan reda.
Comments

Recommended