Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Trump mendakwa Ottawa mahu mencapai perjanjian ketika Kanada berusaha mempererat hubungan dengan Kesatuan Eropah.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan Kanada sebagai negara paling sukar untuk berurusan namun mendakwa Ottawa sangat mahu mencapai perjanjian
00:09dengan Washington.
00:10Kenyataan itu dibuat ketika Perdana Menteri Kanada Mark Carney merancang rundingan dengan Kesatuan Eropah-EU bagi membentuk satu pakatan unik.
00:39Wall Street Journal melaporkan EU terbuka untuk mempertimbangkan status anggota bersekutu bagi Kanada walaupun bentuk keanggotaan itu masih belum diwujudkan.
00:49Langkah Kanada mengukuhkan hubungan dengan rakan dagang lain menyusuli pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat yang melibatkan tarif bernilai puluhan bilion
00:58dolar.
00:58Trump turut mengulangi rancangannya untuk mengenakan tarif baru terhadap kereta, trak dan alat ganti kenderaan dari Kanada bermula 1 Januari.
Comments

Recommended