00:00Malaysia dan Keralam bersedia memperluaskan jaringan kerjasama strategik dalam pelbagai sektor bernilai tinggi, khususnya ekonomi digital, penjagaan kesihatan dan pelancongan.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika mengadakan kunjungan hormat bersama Ketua Menteri Keralam Vidi Satisen pada petang
00:19Isnin.
00:20Pertemuan dua hal itu memberi tumpuan kepada usaha memudah cara dan memperkukuh aktiviti perdagangan serta pelaburan rentas sempadan antara komuniti
00:30perniagaan Malaysia dan Keralam.
00:33Kedua-dua pemimpin turut meneroka peluang memperluas pertukaran rakyat dengan rakyat, rangkaian perniagaan dua hala serta sektor pendidikan.
00:41Selain kerjasama lebih erat dalam ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan serta sektor bernilai tinggi yang mampu memberi limpahan manfaat
00:51ekonomi secara langsung kepada kedua-dua pihak.
00:54Sempena pertemuan penuh bermakna itu, Perdana Menteri turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Satisen untuk mengadakan lawatan ke Malaysia bagi mempererat
01:02hubungan persahabatan serta mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang dipersetujui.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments