Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Menteri Perpaduan Negara menggesa kementerian dan agensi berkaitan meneliti kontroversi ucapan yang menyentuh institusi agama, sambil menegaskan kebebasan bersuara tidak boleh mengabaikan sensitiviti kepercayaan masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian dan agensi penguatkuasaan berkaitan diminta meneliti kontroversi berhubung ucapan yang menjadikan padiri katolik dan biarawati sebagai bahan jenaka ketika
00:10Perhimpunan Agong UMNO 2026.
00:12Menteri Perpaduan Negara, Dato' Aaron Agudagang berkata, sesatan sewajarnya perlu dijalankan, sekiranya terdapat unsur pelanggaran undang-undang termasuk di bawah
00:21Seksyen 298 dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan Akta 574 serta peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 Akta
00:33588.
00:38Beliau berkata, walau apa sekalipun niat disebalik sesuatu analogi, jenaka yang menyentuh institusi keagamaan, agamawan, kitab suci atau kepercayaan mana
00:48-mana pengandut tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh dianggap remeh.
00:51Beliau berkata, perbuatan sedemikian boleh menyinggung perasaan pengandut agama selain berpotensi menjejaskan keharmonian yang telah dibina dalam masyarakat berbilang agama
01:00dan budaya di negara ini.
01:02Aaron menegaskan kebebasan untuk berucap, berpolitik atau berjenaka tidak bermaksud seseorang bebas melanggar sensitiviti agama dan kepercayaan pihak lain.
01:12Dalam pada itu, Aaron berkata, beliau mengambil maklum kesediaan individu terbabit untuk memohon maaf dan berharap kontroversi berkenaan menjadi pengajaran
01:20kepada semua pemimpin, penceramah dan masyarakat agar lebih berhati-hati memilih kata-kata, khususnya apabila menyentuh soal agama dan kepercayaan.
01:29Beliau berkata, perkara itu juga selaras dengan prinsip kelima rukun negara, kesopanan dan kesusilaan yang menuntut setiap rakyat menjaga adab,
01:37tutur kata dan tingkah laku dalam kehidupan bermasyarakat.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended